Get Updates : Articles


Swimming 101: Blow Bubbles

No Comment

OK, kita sambung kelas renang. Dan dalam post haritu saya ada tanya pasal keadaan perut waktu kita tarik nafas, adakah kembung atau kempis. Jawapannya ialah perut kita sepatutnya kembung semasa kita tarikh nafas. APA?? Saya punya perut kempis je. Ahaa..ingat tak dulu kita selalu kalo kat sekolah time Pendidikan Jasmani, cikgu soh tarik nafas, kita seboleh-boleh nak kempiskan perut. Tul tak?

Bayangkan perut kita ni macam belon. Kita tiup belon, masukkan udara dalam belon, lepas tu belon jadi besar. Kenapa? Pasal kita tambahkan udara dalam belon tu, jadi belon tu besar kan. Samala konsep dengan badan kita, kita tarik nafas, tambah udara dalam badan, kenapa kena kempis, patut makin besar pasal telah diisi. Jadi kena praktis, atas dan bawah air pun boleh. Kita pegang perut, lepas tu tarik nafas. Pastikan perut kita jadi besar, maknanya tangan kita ternaik sikit. Kalo ternaik sikit, betulla cara pernafasan kita. Kalo tak naik gak tangan, kena selalu praktis. Biasakan tarik nafas dengan cepat.

Untuk pernafasan semasa berenang, kita kena biasakan diri dulu dengan cara bernafas semasa muka berada bawah paras air.

Latihan dari atas air

Dari atas, kita biasakan dulu tarik nafas, dan hembus secara perlahan-lahan. Letakkan jari telunjuk depan muka kita, konon-konon tu macam lilin birthday dan tiup. Jangan bukak mulut terlalu besar. Bukaan mulut lebih kurang cam saiz kita buang kulit kuaci atau biji anggur. Kiraan masa lebih kurang 1 saat untuk kita tarik nafas, dan lebih kurang 3 saat waktu hembusan. Pasal tu kita takleh bukak mulut luas sangat.

Latihan dari dalam air

Dah ok kat atas, bolehla di buat dalam air. Mula-mula tarik nafas dan hembus melalui mulut. Pada masa ni, mulakan dengan masukkan mulut je dulu. Buat beberapa kali, dah ok. Tarik nafas dan hembus, cuma kali ni masukkan hidung dan mulut. Ulang beberapa kali, dah ok masukkan keseluruhan kepala dan praktis.

Ini je part blow bubbles. Cuma ada beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan.

Sekiranya kita jenis takut air, bila masuk air, biasakan diri melompat-lompat sikit, splash2 air, untuk membiasakan diri dengan persekitaran. Pastikan buat blow bubbles ni di kedalaman maksimum paras dada. Jangan dalam sangat, kata takut, pi kat tempat dalam watpa..hehe.

Timing semasa hembus mestilah sekurang2nya 3 saat. Jangan terlalu laju, nak cepat je naik. Dan jangan pulak terlalu lama. Setiap kali nak berenang, pastikan kita buat latihan blow bubbles ni dulu. At least 10 kali ke. Bila dah ok blow bubbles setempat, jejalan sikit sambil blow. Ini pun akan meningkatkan water confident.

Kenapa kena blow bubbles?

Ia sebagai cara untuk kita bernafas bila aktiviti berenang
Sebagai daya apungan badan. Badan yang beroksigen lebih mudah terapung
Memanjangkan stamina bila dalam air (bayangkan kita berenang tanpa bernafas dengan betul, cepat woo penat)
Mengurangkan penat selepas aktiviti renangan yang panjang pasal blow bubble boleh mengurangkan kadar denyutan jantung kita

Cara blow bubbles yang lebih efektif

Secara amnya, blowing yang efektif adalah apabila kita tak mudah penat, tapi ia perlu disertakan dengan teknik renangan yang betul. Secara asas pulak, blowing akan lebih efektif jika kita menggunakan diafragma (ala, yang dekat2 dengan tulang rusuk tu). Maknanya lebih kurang cam perut mesti kembung bila kita tarik nafas tu. Sebenarnya yang ternaik semasa tarik nafas adalah diafragma. Pasal tu bila teknik tarik nafas tu betul, kemampuan peparu untuk menyimpan lebih banyak udara meningkat. Jadi kena selalu praktis, even bukan di masa swimming.

Hidung atau mulut? Untuk tarik nafas semasa berenang, gunakan mulut. Untuk hembus, sebenarnya boleh jugak pakai mulut, hidung atau kedua-duanya. Biasa kalo utk yang baru, mungkin senang pakai mulut. Untuk hembus pakai hidung, sama je cara dia. Kita tarik pakai mulut, lepas tu terus katup mulut tu, dalam air, hembusle pakai idung.

Pro dan kontra? Dua-dua boleh, tapi ikut keselesaan. Ada yang suka pakai idung pasal dapati waktu blow, bubble yang dikeluarkan oleh hidung lebih terkawal dan sekata. Kekadang pakai mulut, kita tend to terover blow, kekadang baru masuk kepala dalam air, terus buang semua bubble. Bila mengajar pun, kekadang kita ajar dari awal mmg pakai mulut, tapi kekadang kena gak tengok, kot student jenis hambur semua bubbles time masuk, jadi kekadang kita suruh dorang blow pakai hidung. Pendek kata, tiada salah kalo nak pakai salah satu atau kedua-dua mulut atau hidung masa blow bubbles, janji timing itu betul. Takla exactly 1 saat tarik dan 3 saat hembus, tapi lebih kurang camtula tempoh dia. Lebih lama (3-5secs) pon boleh jugak.

Posisi Badan semasa blow bubbles


Untuk permulaan, pegang dinding kolam. Dan tarik nafas, masukkan badan dalam air, sambil terus hembus, cuba untuk mencangkung bila masuk dalam. Bila dah habis blow, naik balik atas dan ulang. Mata dan kepala mesti mengadap dinding kolam. Bila dah ok macam ni, bolehla buat bubbles sambil jalan-jalan. Jangan la jalan hala ke tempat dalam ye. Oh ya, pastikan bila hidung dah cecah je air, terus blow bubbles, tak perlu tunggu sampai kepala tenggelam baru nak blow, takut nanti air masuk idung..sakit woo.

Itu jela kot utk blow bubbles, next akan post tentang camana nak confident dalam air dan terapung. Sebenarnya ia patut sekali dengan blow bubbles ni tapi takpela, kita wat sesatu dulu ye. Selamat blow bubbles.

Topik Berkaitan