Get Updates : Articles


Kelas Renang Wanita- Ladies Only

No Comment

Objektif kami mengadakan kelas renang ini adalah untuk membolehkan seberapa ramai orang untuk mempelajari ilmu dan teknik renangan yang betul. Terutama sekali bagi wanita dan kanak-kanak.

Antara masalah yang dihadapi oleh kebanyakan wanita di Malaysia adalah kurangnya tenaga pengajar renang wanita. Di AquaDolf, kami mempunyai 4 orang tenaga pengajar wanita untuk memenuhi keperluan ini, yang memfokuskan pada kelas wanita dewasa atau kanak-kanak.

Maksimum 4 orang pelajar dalam satu kumpulan untuk membolehkan kami mengajar anda dengan lebih tumpuan.

Setiap sesi pelajaran adalah selama 1 jam. Tapi adakalanya terlebih 5-10 minit. Masa terlebih tu kira halal, :)

Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut.

Topik Berkaitan