Get Updates : Articles


Swimming 101: Asas Renang

No Comment

Ok, ni kira kelas pengenalan. Seperti biasa, renang ni satu aktiviti senaman dan riadah yang paling sempoi dan menyeluruh. Kenapa sempoi? Pakaian dia sempoi, utk lelaki, pakai suar kecik (swimming trunk) pun dah cukup, takyah nak kena belik kasut, pakai selipar jepun je. Takdak pool kat umah? leh gi public pool, kot yang MBSA, DBKL, MBPJ punye baru RM3 paling mahai kalo time cuti. Kalo tak RM1 je utk bebudak dan RM2 utk dewasa. Mahal pun time awai2 la nak beli baju renang, goggle pa semua. Tapi tu sumer initial investment, bukan hehari kena beli. Menyeluruh? Ianya dikatakan senaman menyeluruh dari .. kepala sampai kaki. Semua anggota badan kita akan digerakkan semasa renang. Sapa kata tak bergerak anggota badan time renang, mungkin dia swimming di tempat lain seperti di katil kot. Lagi pulak, renang ni adalah satu senaman low impact. Dia dibuat dalam air, jadik bila badan kita melompat dan terloncat dalam air pun takpe, pasai dia low impact, sesuai utk mereka yg agak lemah kepala lutut tuh.

Keburukan? Ada ke? Yang terpikir, antaranya, kulit jadi gelap dan kering, tapi saya suka guna phrase tan, bukan gelap. hehehe. Itupun pasai saya ni bleh kata hehari kat pool. Padanla pon kot nak tan. Tapi, fair and lovely dgn tahitian noni kan ada. Muahaha. (Ni patut dapat sponsor dari fair n lovely nih!). Kedua, ialah kelaparan yang amat selepas swimming. Psal dah workout kan, jadi padanla pun lapor. Kalo sekali-sekala lehla nak makan busat, tapi kot hehari, dinasihatkan bawakle epal barang sebijik dua time swimming. Lepas swimming, perut bergelodak lapor, mkn epal. Jangan pas swimming gi bantai roti canai dgn teh tarik. Hampeh apa tak dapat.

Hiss, takde keburukannya swimming ni sebenarnya. Saja je nak tambah rencah. Kebaikan swimming lebih dari yg tak baik, jadi kenapa tak mulakan?

Pakaian

Aisey..kenapa nak kena beli proper swimming attire, pakai t-shet dgn track bottom je takleh ke? Jawapannya: BOLEH tapi...

Kita selalu swim kat mana? Biasanya kat poolkan? Kalo yg hardcore pun takkanle hehari rajin nak gi sungai atau laut? (ni jwpn utk majoriti yg baca blog ni dok kat bandar, kot yg ada sungai depan umah tu lain ye :)) Betui tak, jadi alternatif dia ialah kat pool. Kalo kelas pun, takdenye instructor tuh gile nak awai2 ajor kat laut, wat naya ja.

Dalam pool, ada klorin dan soda bikarbonat. Klorin utk bunuh kuman dan soda bikarbonat utk jernihkan kolam. Bila kita pakai baju dgn material selain dari spandex dan lycra, cam t shirt kan dari kain cotton, warna dari kain tu cepat meresap dalam kolam sebab ada klorin. Ni klorin tau, bukan clorox, lebih 20x lagi power dari clorox tuh. Bila warna luntur, air kolam cepat keruh. Tuh kekadang kalo gi pool yg kurang strict (leh pakai tshirt etc) air kolam dia agak kurang memberansangkan, keruh sikit airnya. Jadi bila air keruh, cam tak best la sikit. Selain dari keruh, benang-benang dari tshirt tadi cepat tertanggal dan mungkin akan tersumbatla dia punyer pam-pam yg ada dlm pool tu. Lagipun wat rosak baju ja, kaler luntur, takda cantik lagi maa.

Sekrg baju utk muslimah pun dh byk, cun-cun lagik. Agak2 kalo malas nak tukar baju lepas swimming, jemur kat panas jap, dah kering leh terus gi jejalan. Hehehe.

Mahal la baju swimming? Aiyaa..sapa kata mahal? Itu Carrefour, Tesco ada murah punya maa.. tak sampai RM50 sudah dapat baju 1 sama suar 1. Itu suar tight, pasar malam pun ada juai. Saya hari2 swimming pon, itu baju boleh tahan dekat 1 tahun woo.

Goggle? Kenapa pakai goggle? Itu air klorin+soda bikarbonat daa...tarak baik utk mata. Kasi pakaila itu goggle. Lagi u boleh bukak mata dalam air apa. Kasi tgk macam2 pesen orang berenang, berjalan-kunun-cam-berenang pun ada. muahhahaha. (jahat sungguh cikgu ni ye)

Ear plug? Ni taknak kasi air masuk dalam telinga. Tapi saya pun jarang pakai. Oh ya, kalo air masuk telinga, camana? Owh tidak.. Camana? Jawapan: Bior jela, air pun bukan masuk menderu2 dalam telinga tuh, loncat2 sikit nanti dia kuarla.

Swimming Cap? Kot rambut panjang tu seeloknya pakaile, kang terkisai-kisai rambut tu. Nak betul rambut lagi, nak blow bubble lagi. Ada tiga jenis swimming cap, satu yang kain dan satu lagi silikon, satu lagi kain campur silikon sikit. Yg kain tu dia serap air tapi rambut kemas la. Yg silikon tu kalis air, tapi agak ketat. Alternatif yang best ialah beli satu lagi jenis dipanggil pace cap. Tak ketat, air masuk pun tak banyak. Cuma mahal sikit tapi, boleh guna banyak kali, jadi tak rugi pun. Tapi, sapa yg jaga rambut, elok pakai silikon, kang rambut keras, guna jari kaki pun belum tentu boleh. Kehkeh

Jenis2 Strokes/Kuakan

Ingat, ni bukan stroke angin ahmar. Ni strokes, kuakan. Ia dipanggil kuak pasai bila berenang, tangan atau kaki kita akan terkuak/ terbuka utk menkedepankan badan kita. Ada banyak gila stroke sebenarnya, tapi yang terfemes cuma ada 4 aje:

1. Kuak dada/Breaststrokes (kalo nak tau, ni yg org kekadang panggey kuak katak tuh)
2. Front Crawl/Gaya Bebas*
3. Kuak Lentang/Back Strokes/Back Crawl
4. Kuak Kupu-kupu/Butterfly

* Nama front crawl dalam BM tak tau la.Kalo dalam pertandingan, Gaya Bebas tu sebenarnya adalah kategori, bukan jenis renangan. Dalam kategori gaya bebas, sebenarnya perenang leh je wat apa jenis kuak pun, kuak hanjing ke, kuak katak ke pe ke. Tapi ramai buat front crawl (pasal ianya yg terpantas) jadi bila dalm bahasa melayu, front crawl ni org panggey Gaya Bebas, lawak la pulak kot nak panggil Merangkak ke depan..:P

Kenapa letak dalam susunan 1,2,3 dan 4 camtu? Tu disusun dari kuak mana yang senang utk dipelajari. Memg cam syllabus standard lak, first stroke belajar mesti kuak dada, pehtu gaya bebas dan baru yang lelain. Kuak dada tu, walaupun dari segi teknikal, ianya agak sukar, tapi bila tang kita nak ngajor dan belajar, ia senang sikit nak dapat. Walaupun kuak dada yg dapat tu tidak lagi 100% betul secara teknikal, tapi at least dapatla bunga-bunga dia dulu sikit. Kang kalo ajar kuak yg lain dulu, tak dapat2, frust, give up langsung taknak belajar dah lak kang. Kuak lentang dan kupu-kupu tu kira advanced sikit punye strokela. Dan setakat ni, tak pernah lak jumpa orang yg tau kuak kupu-kupu terus. Paling kuat kalo yg ada basic pun, mmg start dgn kuak dada a.k.a kuak katak takpun gaya bebas, tapi style berenang di tasik = tak betul teknik dan memenatkan.

Ni je utk intro kelas hari ni. Next class, akan belajar psl nak mandi buih..opps bukan, tapi tiup buih, blow bubbles. Blow bubbles ni adalah latihan/kaedah utk bernafas dalam air. Yela, takkan sepanjang2 jalan kita renang nak tahan napas je. Mampuih le cam gitu. Sebelum nak blah ni, nak tanya sikit. Kalo korang bernafas, perut korang kempis ke kembung? Cuba cek kasi tgk sekarang. Mana satu betul, kempis ka, kembung ka?? Haaa..nanti baca jawapan dlm next entry ya.


Cth front crawl yg tak betul. Sian dia ni dah mati, kalo tak nak je kasi class free.

Topik Berkaitan