Get Updates : Articles


Info Ringkas Mengenai Teknik Renangan

No Comment

Terdapat 4 jenis teknik renangan utama yang bakal dipelajari. 4 jenis teknik/kuak tersebut adalah:


PERMULAAN- KUAK DADA

Teknik kuak dada merupakan teknik renangan yang paling casual dan agak santai berbanding lain-lain teknik. Teknik ini juga paling kurang memerlukan tenaga dan mudah dipelajari.

Dalam kelas, pelajar akan difokuskan dengan pergerakan tangan dan kaki yang betul. Disebabkan ia merupakan teknik yang agak mudah dipelajari, sesiapa pun boleh belajar teknik ini dan kemudian latihan akan difokuskan supaya pelajar boleh berenang sendiri dan membina jarak renangan yang lebih jauh.

PERTENGAHAN- GAYA BEBAS (Front Crawl)

Antara teknik renangan yang popular. Gaya renangan ini memerlukan lebih tenaga berbanding kuak dada. Pelajar akan diajar terlebih dahulu, langkah demi langkah untuk menguasai teknik ini mulai dari tendangan kaki (flutter kick), arm pulling dan cara pernafasan yang betul. Dengan pelbagai latihan yang diberikan, pelajar akan mula memahami dan mempraktikkan gaya renangan yang baik dan membina stamina.

LANJUTAN- KUAK LENTANG & KUPU-KUPU

Bagi mereka yang berminat untuk mempelajari teknik renangan yang lebih advanced, bolehlah mempelajari gaya renangan kuak lentang dan kupu-kupu ini.

Kuak Lentang (back crawl)

Kuak lentang adalah satu-satunya teknik renangan di mana kepala kita mengadap ke atas. Kelebihan teknik ini adalah memudahkan kita untuk bernafas, kerana hidung kita tidak berada dalam air. Namun, kita tidak dapat melihat hala tuju kita semasa berenang.

Walau bagaimanapun, selepas anda belajar cara berenang yang betul, hala tuju anda pasti betul. :)

Kuak Kupu-Kupu

Ini antara teknik renangan yang memerlukan pergerakan tangan yang pantas dan serentak. Ia juga dikatakan antara teknik renangan yang agak sukar. Pergerakan kaki bagi gaya renangan ini juga agak berbeza dan dipanggil "dolphin kick".

Kekuatan atas badan, terutama tangan dan kelenturan badan amat diperlukan untuk teknik ini. Mungkin agak sukar, tapi boleh saja dipelajari.

Topik Berkaitan